Monday, September 27, 2010

Kiamat 2013?

Akhbar The Sun UK telah melaporkan para sintis di United KIndom telah memberi amaran pada tahun 2013 satu letusan besar daripada matahari akan berlaku.

Kesan daripada letusan tersebut akan menyebabkan dunia akan mengalami krisis bekalan makanan, bekalan tenaga elektrik akan terputus dan lain-lain lagi.

Akibat daripada laporan saintis itu, Setiusaha Pertahanan UK Dr. Liam Fox telah membuat persidangan tergempar di London untuk membincangkan cara untuk menghadapi ancaman tersebut nanti.

Sebagai manusia, kita pasti akan risau kerana kejadian itu akan berlaku 3 atau 4 tahun lagi. Sebagai Umat Islam pula kematian yang ditentukan Tuhan akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Tetapi sejauh manakah persiapan kita untuk menghadapinya? Bagaimana dengan persediaan kita untuk menerima jemputan dariNYA? Renungkanlah....

Sumber : The Sun UK

Sunday, September 19, 2010

Man U vs Liverpool 3-2

Salam,

Rasanya tak terlambat untuk ucap Selamat Hari Raya kepada kedua-dua penyokong kelab ini. Pastinya semua sudah tahu keputusan pada malam ini. Manchester United telah menang kepada Liverpool 3-2 hasil jaringan hatrik daripada Dimitar Berbatov.

Biarpun Liverpool dapat menyamakan kedudukan hasil jaringan Steven Gerrad tetapi tidak dapat bertahan lama disebabkan kesungguhan daripada Manchester United untuk mengatasi pihak lawan. Pastinya jaringan kemenangan minit terakhir telah mengecewakan peminat-peminat Liverpool pada malam ini.

Buat peminat Manchester United tahniah atas kemenangan yang cukup bermakna dan pastinya akan menyemarakkan lagi semangat pasukan pilihan anda. Biarpun terpaksa bergelut untuk mencapai kemenangan pada awal musim pastinya kemenangan malam ini menjadi pendorong untuk terus bersaing.





Tuesday, September 14, 2010

Horoskop dan Astrologi?

Salam,
Horoskop dan Astrolog?

Seseorang manusia mencari maklumat  serta ramalan terhadap perkara ghaib berdasarkan bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran. Maklumat-maklumat serta ramalan tersebut sangat mudah untuk diperolehi di mana-mana dan sentiasa dipaparkan pada majalah atau pun media massa. Kebiasaan sasarannya adalah dari golongan remaja kerana bilangan pembaca-pembaca dan pencari maklumat adalah terdiri dari golongan tersebut.

Ramalan Horoskop kebiasaanya dipercayai untuk menentukan personaliti individu, sifat seseorang seterusnya ramalan nasib bulan-bulan kelahiran dalam kehidupannya. Akibat terlalu ramai yang meminati ramalan ini, surat khabar, majalah dan media massa sentiasa berlumba-lumba untuk memaparkan ramalan zodiak mengikut hari dan bulan.

Di zaman sekarang, ramalan zodiak juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Ramalan zodiak akan terus ke hanphone anda setiap hari dengan hanya membayar sekian ringgit setiap bulan.

Persoalannya, apakah sebenarnya hukum membaca  dan membenarkan ramalan horoskop ini bagi umat Islam?


Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
 
 SOLAT kita tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari sekiranya membaca dan membenarkan ramalan tersebut kerana perbuatan tersebut adalah sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Telah jelas bahawa amalan membaca dan membenarkan ramalan hukumnya haram dan membawa kepada kufur serta terbatalnya iman. Seharusnya kita sebagai umat Islam mestilah berhati-hati dan tidak mempercayai ramalan bintang zodiak kerana ianya jauh dari kebenaran serta penuh pendustaan sekalipun terdapat beberapa ramalannya mendekati kebenenaran.
 
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Seharusnya kita perlu mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falak, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan serta ilmu pengetahuan agar dapat memberi faedah kepada manusia. Mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan ramalan nasib hukumnya haram dan berdosa.
 
Facebook pun ada ramalan zodiak ini, jadi seharusnya kita sebagai umat Islam perlulah berhati-hati agar kita tidak terus berdosa. Jadi fikir-fikirlah kawan-kawan.
Wassalam.

Sumber diperolehi --> http://www.terjah.com/news.php?readmore=490


 


Friday, September 10, 2010

Rancangan Bakar Al-Quran Di Luar Jangkaan Manusia


Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri diucapkan pada seluruh umat Islam Malaysia. Syukur pada Allah kita umat Islam di Malaysia dapat merayakan Aidilfitri dengan penuh meriah dan amalan rumah terbuka masih di amalkan. Kemeriahan Aidilfitri di sambut dengan aman dan budaya balik kampung menjadi kemestian bagi rakyat Malaysia.

Dalam kita merayakan Aidilfitri, seluruh umat Islam di seluruh dunia terkejut dengan tindakan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 Sept 2001. Tindakan paderi tersebut akan meningkatkan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, Padri Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali.
- http://www.hmetro.com.my/

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.
- Benama

Dalam perkembangan berkaitan, media antarabangsa melaporkan bahawa Jones telah "menggantung" rancangan untuk membakar al-Quran yang pada awalnya beliau akan lakukan sempena ulang tahun kejadian 9/11 pada Sabtu.

- Bernama