Tuesday, September 14, 2010

Horoskop dan Astrologi?

Salam,
Horoskop dan Astrolog?

Seseorang manusia mencari maklumat  serta ramalan terhadap perkara ghaib berdasarkan bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran. Maklumat-maklumat serta ramalan tersebut sangat mudah untuk diperolehi di mana-mana dan sentiasa dipaparkan pada majalah atau pun media massa. Kebiasaan sasarannya adalah dari golongan remaja kerana bilangan pembaca-pembaca dan pencari maklumat adalah terdiri dari golongan tersebut.

Ramalan Horoskop kebiasaanya dipercayai untuk menentukan personaliti individu, sifat seseorang seterusnya ramalan nasib bulan-bulan kelahiran dalam kehidupannya. Akibat terlalu ramai yang meminati ramalan ini, surat khabar, majalah dan media massa sentiasa berlumba-lumba untuk memaparkan ramalan zodiak mengikut hari dan bulan.

Di zaman sekarang, ramalan zodiak juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Ramalan zodiak akan terus ke hanphone anda setiap hari dengan hanya membayar sekian ringgit setiap bulan.

Persoalannya, apakah sebenarnya hukum membaca  dan membenarkan ramalan horoskop ini bagi umat Islam?


Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya . (hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
 
 SOLAT kita tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari sekiranya membaca dan membenarkan ramalan tersebut kerana perbuatan tersebut adalah sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Telah jelas bahawa amalan membaca dan membenarkan ramalan hukumnya haram dan membawa kepada kufur serta terbatalnya iman. Seharusnya kita sebagai umat Islam mestilah berhati-hati dan tidak mempercayai ramalan bintang zodiak kerana ianya jauh dari kebenaran serta penuh pendustaan sekalipun terdapat beberapa ramalannya mendekati kebenenaran.
 
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

Seharusnya kita perlu mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falak, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan serta ilmu pengetahuan agar dapat memberi faedah kepada manusia. Mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan ramalan nasib hukumnya haram dan berdosa.
 
Facebook pun ada ramalan zodiak ini, jadi seharusnya kita sebagai umat Islam perlulah berhati-hati agar kita tidak terus berdosa. Jadi fikir-fikirlah kawan-kawan.
Wassalam.

Sumber diperolehi --> http://www.terjah.com/news.php?readmore=490


 


No comments:

Post a Comment